RPH B.MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1


Mata pelajaran            :           Bahasa Melayu
Kelas                           :           5 Arif

Tarikh                          :           22 Oktober 2012
Masa                           :           8.30 – 9.30  pagi
Bilangan murid            :           20 orang
Tema                           :           Sukan dan Kesihatan
Tajuk                           :           Demam Denggi

Fokus Utama              :           5.1 Aras 3 (i)   Membaca ayat dalam teks dengan sebutan
                                                                        dan intonasi yang betul.
                                                8.4 Aras 3 (i)   Menulis karangan dengan menggunakan ayat
topik dan ayat huraian yang lengkap.
Fokus Sampingan       :           3.1 Aras 3 (ii)   Membentangkan hasil analisis secara tepat.
                                               
Hasil pembelajaran     :           Pada akhir pelajaran murid dapat:-
A.    Menguasai isi kandungan
a.    Bercerita tentang proses pembiakan nyamuk.
b.    Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
c.    Berbincang untuk menganalisis data yang terdapat dalam petikan.
d.    Menyenaraikan perkataan yang berimbuhan apitan ‘di-…kan’.

B.    Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
a.    Membersihkan kawasan tempat tinggal supaya tiada nyamuk membiak.

C.   Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
a.    bekerjasama dengan pelajar lain semasa melakukan aktiviti dalam kumpulan.
b.    menanamkan semangat cintakan kebersihan.

Konsep/Prinsip/Hukum:                a.   Nyamuk merupakan serangga yang membawa
                                                            penyakit.
b.    Kebersihan persekitaran harus dijaga untuk hidup          lebih sihat dan terhindar daripada penyakit.

Bahan bantu mengajar             : Gambar nyamuk, rajah pembiakan nyamuk, petikan    “Demam Denggi”, lembaran kerja

Pengetahuan sedia ada            :  Murid tahu bahawa nyamuk pembawa penyakit demam
                                                     denggi dan malaria.


Fasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Langkah 1
(Set Induksi)
(5 minit)

1.   Nyamuk merupakan sejenis serangga yang membawa penyakit demam denggi dan malaria.


·      Mengemukakan teka-teki

·      Memaparkan gambar nyamuk.

·      Mencungkil pengetahuan murid tentang nyamuk.



·          Menjawab teka-teki.

·          Murid memberi respon terhadap persoalan yang ditimbulkan.


Strategi/
Teknik:

Penyoalan seluruh kelas


Langkah 2
(6 minit)


2.    Proses pembiakan nyamuk bermula dari telur, jejentik, larva dan seterusnya nyamuk dewasa.


·       Mengutarakan persoalan utama iaitu:
Ceritakan tentang proses pembiakan nyamuk melalui pengetahuan sedia ada kamu.

·      Memaparkan gambar proses pembiakan nyamuk.


·          Murid memberi respon dengan menceritakan proses pembiakan nyamuk melalui pengetahuan sedia ada mereka.

Strategi /
Teknik:

Penyoalan secara kelas

Langkah 3
(7 minit)


3.    Penyakit demam denggi amat berbahaya yang disebarkan oleh nyamuk aedes.

4.    Antara lokasi tempat pembiakan nyamuk aedes ialah rumah terbengkalai, tapak pembinaan dan kilang.

5.    Sesiapa yang membiarkan nyamuk aedes membiak akan dikenakan tindakan undang-undang.



·      Mengedarkan petikan “Demam Denggi”.

·      Menyoal tentang isi-isi penting yang terdapat di dalam petikan.

.

·          Membaca senyap petikan untuk memahaminya.

·          Membaca kuat petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

·          Menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Strategi / Teknik:

Bacaan senyap, bacaan kuat, dan teknik penyoalan secara kelas

Langkah 4
(10 minit)

6.    Antara cara untuk mencegah gigitan nyamuk ialah dengan mengelakkan daripada air bertakung, gunakan racun serangga, tutup pintu dan tingkap menjelang senja, dan tidur dalam kelambu

·      Memberikan arahan aktiviti yang akan dijalankan.

·      Membimbing murid mengikut kumpulan.

·      Mengawal-selia pelajar semasa mereka bekerja dalam kumpulan.

·      Mendengar perbincangan pelajar dan memberi input jika perlu supaya perbincangan menuju ke matlamat yang betul.


·          Berbincang dalam kumpulan untuk mencari cara-cara mencegah gigitan nyamuk.

·          Wakil kumpulan membentangkan

·          Murid lain memberi komen.


Strategi / Teknik:-

Perbincangan dalam kumpulan

Pembentangan

Langkah 5
(7 minit)

7.    Contoh-contoh imbuhan apitan di-…-kan ialah dilaporkan, ditingkatkan,ditemukan dan lain-lain lagi.

·      Memberikan arahan menggariskan perkataan yang mempunyai imbuhan di-…-kan yang terdapat dalam petikan.

·      Menulis perkataan yang disebutkan oleh murid di papan hitam.


·          Menggariskan imbuahan di-…-kan.

·          Menyatakan imbuhan tersebut.

·          Membina ayat daripada imbuhan tersebut.



Strategi / Teknik:-

Penyoalan secara kelas


Langkah 6
(20 minit)



·      Mengedarkan lembaran kerja.

·      Mengawal selia murid semasa menjawab latihan.


·      Menjawab latihan dalam lembaran kerja yang diberikan iaitu karangan bertajuk “Cara-cara Mencegah Gigitan Nyamuk” dengan membina ayat topik dan ayat huraian.



Strategi / Teknik:-

Penulisan


Langkah 7
(Penutup)
(5 minit)

8.   Nyamuk merupakan serangga yang berbahaya.

9.    Kita harus menjaga kebersihan tempat tinggal untuk menghalang daripada nyamuk membiak.

·      Meminta pelajar membuat kesimpulan
“Apakah yang telah anda pelajari hari ini?”

·       Memastikan semua kesimpulan dinyatakan oleh murid.

·       Meminta pelajar lain membuat pembetulan jika ada kesalahan.


·          Menyatakan isi kandungan penting yang telah mereka pelajar.

·          Membuat pembetulan jika rakan membuat kesilapan semasa membuat kesimpulan.


Strategi / Teknik:

Penyoalan secara kelas



BAHAN-BAHAN BANTU MENGAJAR









RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 
(PENDEKATAN KONSTRUKTIVIVME)

Mata pelajaran            :           Bahasa Melayu
Kelas                           :           5 Arif
Tarikh                          :           9 April 2012
Masa                           :           8.30 – 9.30  pagi
Bilangan murid            :           30 orang
Tema                           :           Alam Sekitar
Tajuk                           :           Kempen Alam Bersih, Hidup Sihat
Hasil pembelajaran     :           Pada akhir pelajaran murid dapat:-
A.    Menguasai isi kandungan
a.    Bercerita tentang kebersihan tempat tinggal mereka.
b.    Menyatakan aktiviti –aktiviti kebersihan yang dijalankan di tempat tinggal mereka.
c.    Berbincang dan menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh diadakan semasa kempen Alam Bersih, Hidup Sihat.

B.    Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
a.    Membersihkan kelas mereka secara gotong royong.
b.    Melukis mewarnakan poster Kempen Alam Bersih Hidup Sihat

C.   Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
a.    bekerjasama dengan pelajar lain semasa melakukan aktiviti dalam kumpulan.
b.    menanamkan semangat cintakan kebersihan.
Konsep/Prinsip/Hukum:                a.   Kempen Alam Bersih Hidup Sihat merupakan salah  satu cara untuk memupuk semangat cintakan kebersihan.
c.    Kebersihan persekitaran harus dijaga untuk hidup          lebih sihat dan terhindar daripada penyakit.
Bahan bantu mengajar             :   Petikan poster, kertas majong dan peralatan gotong-royong.
Pengetahuan sedia ada            :  Murid pernah menyertai kempen kebersihan sama ada    di  sekolah ataupun tempat tinggal.


Fasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Langkah 1
(Set Induksi)
(5 minit)

1.   Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan disesebuah tempat seperti pesta makanan, kempen, gotong royong dan lain-lain.


·      Mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat mereka.

·       Menulis semua respon pelajar di papan hitam.


·          Murid memberi respon terhadap persoalan yang ditimbulkan.

Strategi/
Teknik:

Penyoalan seluruh kelas


Langkah 2
(10 minit)


2.    Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk menjaga kebersihan dan keceriaan ialah kempen kebersihan, gotong royong, pameran dan lain-lain.


·       Mengutarakan persoalan utama iaitu:
     Apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk menjaga kebersihan dan keceriaan di tempat tinggal kamu?

·      Menyenaraikan hipotesis murid


·          Murid memberi respon dengan menyenaraikan dan menyatakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui pengetahuan sedia ada mereka.

Strategi /
Teknik:

Penyoalan secara kelas

Langkah 3
(10 minit)


3.    Kempen Alam Bersih Hidup Sihat merupakan salah satu aktiviti yang diadakan untuk menjaga kebersihan persekitaran.

4.    Kata kerja terbahagi kepada 2 iaitu kata kerja transitif dan tidak transitif.

·      Bertanyakan idea utama yang terdapat di dalam petikan.

·      Menulis kata kerja yang diberi oleh murid di papan hitam.

·      Menerangkan peranan setiap pelajar semasa mereka bekerja berpasangan.

·          Membaca senyap poster untuk memahaminya.

·          Mencari dan menyatakan idea utama berdasarkan petikan.

·          Menyenaraikan kata kerja transitif dan tidak transitif berdasarkan petikan dan pengetahuan sedia ada mereka secara berpasangan.


Strategi / Teknik:

Bacaan senyap, berbincang secara berpasangan

Langkah 4
(20 minit)

5.    Terdapat    pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa Kempen Alam Bersih Hidup Sihat iaitu gotong-royong, ceramah kesihatan, pertandingan kediaman terbersih dan lain-lain.


·      Menunjukkan soalan di papan hitam.

·      Membimbing murid mengikut kumpulan.

·      Mengawal-selia pelajar semasa mereka bekerja dalam kumpulan.

·      Mendengar perbincangan pelajar dan memberi input jika perlu supaya perbincangan menuju ke matlamat yang betul.


·          Berbincang dalam kumpulan menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan semasa kempen

·          Wakil kumpulan membentangkan

·          Murid lain mengemukakan soalan.


Strategi / Teknik:-

Perbincangan dalam kumpulan

Pembentangan

Langkah 5
(10minit)

6.    Kempen kebersihan juga boleh diadakan di sekolah dan di kelas.


·       Memerhatikan dan membimbing murid menjalankan gotong-royong membersihkan kelas.


·           Menjalankan gotong-royong membersihkan kelas.

Strategi / Teknik:-

Main peranan

Langkah 6
(Penutup)
(5 minit)

7.    Kebersihan tempat tinggal penting untuk kehidupan yang lebih selesa dan terhindar daripada penyakit.

·      Meminta pelajar membuat kesimpulan
“Apakah yang telah anda pelajari hari ini?”

·       Memastikan semua kesimpulan dinyatakan oleh murid.
·       Meminta pelajar lain membuat pembetulan jika ada kesalahan.

·      Memberi tugasan untuk membaca tajuk seterusnya iaitu Pencemaran
Sungai dan
Kesan-kesannya.


·          Menyatakan isi kandungan penting yang telah mereka pelajar.

·          Membuat pembetulan jika rakan membuat kesilapan semasa membuat kesimpulan.


Strategi / Teknik:

Penyoalan secara kelas




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 
(PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME)

Mata pelajaran            :           Bahasa Melayu
Kelas                           :           5 Arif
Tarikh                          :           11 April 2012
Masa                           :           10.30 – 11.30  pagi
Bilangan murid            :           30 orang
Tema                           :           Alam Sekitar
Tajuk                           :            Manusia Prihatin, Bumi Terpelihara
Hasil pembelajaran     :           Pada akhir pelajaran murid dapat:-
A.            Menguasai isi kandungan
a.        menyatakan faktor-faktor pencemaran alam sekitar.
b.        membaca senyap petikan dan menyatakan idea utama petikan.
c.        membaca kuat petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
d.        menyatakan kesan-kesan pembalakan haram ke atas alam sekitar

B.            Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
a.    menggunting dan menampal keratan akhbar tentang isu-isu pembalakan haram.

C.           Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
a.    bekerjasama dengan pelajar lain semasa melakukan aktiviti dalam kumpulan.
b.    memupuk semangat menyayangi alam sekitar.
Konsep/Prinsip/Hukum  :       a.           Pembalakan haram menjejaskan kehidupan   manusia,    flora dan fauna.
Bahan bantu mengajar           :    Petikan, kertas majong, keratan akhbar, kad manila
Pengetahuan sedia ada      :      Murid-murid mengetahui tentang pembalakan haram melalui pembacaan, menonton televisyen atau melihat sendiri kejadian tersebut.

Fasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Langkah 1
(Set Induksi)
(5 minit)(6    minit)

1.    Faktor-faktor pencemaran alam ialah asap dari kenderaan dan kilang, penebangan hutan, pembuangan sampah sarat yang tidak teratur dan sebagainya.



·      Mencungkil pengetahuan sedia dengan mengadakan kuiz pendek.
·      Menulis semua respon pelajar di papan hitam.

·          Murid memberi respon dengan menyatakan faktor-faktor pencemaran alam.

Strategi/
Teknik:

Kuiz pendek

Langkah 2
(10 minit)


2.   Aktiviti pembalakan haram harus dilaporkan
kepada pihak berkuasa.
3.    Terdapat banyak kesan buruk akibat pembalakan haram kepada alam sekitar.



·       Mengutarakan persoalan iaitu perkara pokok yang dibincangkan dalam petikan.

·      Menyenaraikan jawapan yang dinyatakan oleh murid.

·          Membaca teks dengan senyap untuk memahaminya.

·           Membaca kuat petikan dengan intonasi dan sebutan yang betul.

·          Menyatakan persoalan pokok berdasarkan petikan.



Strategi /
Teknik:

Bacaan senyap

Bacaan kuat

Penyoalan secara kelas


Langkah 3
(10 minit)

4.   Antara kesan-kesan pembalakan haram ialah berlaku hakisan tanah, banjir kilat, tanah runtuh dan tiada
lagi kawasan tadahan hujan.

5.   Selain itu, jalan raya turut rosak dan berlubang serta membahayakan penduduk setempat kerana kesibukan lori mengangkut balak.


·      Mengemukakan persoalan kepada murid tentang kesan-kesan pembalakan haram.

·        Memberi bimbingan kepada setiap kumpulan.

·      Mengawal-selia pelajar semasa mereka bekerja dalam kumpulan.

*   Mendengar perbincangan pelajar dan memberi input jika perlu supaya perbincangan menuju ke matlamat yang betul.

·          Berbincang dalam kumpulan untuk mencari maklumat tentang kesan-kesan aktiviti pembalakan
haram.

·          Menyenaraikan maklumat-
maklumat tersebut dalam kertas mahjung..

Strategi / Teknik:

Perbincangan dalam kumpulan

Inkuari penemuan

Langkah 4
(15 minit)

6.   Antara kesan-kesan pembalakan haram ialah berlaku hakisan tanah, banjir kilat, tanah runtuh dan tiada lagi kawasan tadahan hujan.

7.   Selain itu, jalan raya turut rosak dan berlubang serta membahayakan penduduk setempat kerana kesibukan lori mengangkut balak.


·      Membuat rumusan tentang setiap pembentangan.

·      Menampalkan hasil dapatan murid di papan hitam.


.

·          Wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan.

·          Murid lain menyoal dan memberikan pendapat.



Strategi / Teknik:-

Pembentangan kumpulan

Langkah 5
(15 minit)

8.   Aktiviti-aktiviti pembalakan haram membawa kesan buruk kepada alam sekitar.


·       Menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dibuat.

·       Memberi bimbingan kepada setiap kumpulan.

·      Mengawal-selia pelajar semasa mereka bekerja dalam kumpulan.



·           Menggunting keratan akhbar tentang berita dan gambar pembalakan haram.

·           Menampalkan keratan akhbar tersebut pada
kad manila.

Strategi / Teknik:-

Membuat keratan akhbar secara
berkumpulan

Langkah 6
(Penutup)
(5 minit)

9.    Aktiviti –aktiviti pembalakan haram harus dibanteras

·      Meminta pelajar membuat kesimpulan
“Apakah yang telah anda pelajari hari ini?”

·       Memastikan semua kesimpulan dinyatakan oleh murid.

·       Meminta pelajar lain membuat pembetulan jika ada kesalahan.


·          Memberi respon terhadap persoalan yang dibina.

·          Membuat pembetulan jika rakan membuat kesilapan semasa membuat kesimpulan.



Strategi / Teknik:

Penyoalan secara kelas.

3 comments: